July 05, 2015

Cinta

Assalamualaikum,

lately ramai orang dok cakap pasai cinta.  Hari tu roomate and the geng iolss dengan sikit-sikit ja bukan saja tadah telinga dengar. Sorry giirlss.

cinta ni banyak cabang dia hangpa pandailah pilih mana satu.  Cara hanya ungkapkan cinta hangpalah.

la hat paling sakit hati bila dok tengok varial kat facebook yang pasai 8 tahun bercinta tapi bila kahwin 6 bulan dah ada perempuan lain dah curang..  ehhhh padahal ni *middel finger*

bukan nak tudung siapa salah.  la ni bukan boleh dengar sebelah pihak ja  tapi biasalh khabar angin banyak sangat kan.  kita ada mata tengok.  ada telinga dengar.  ada mulut kalau hang rasa hang betoi baru hang masuk campur kalau dok duduk diam-diam.  

nak cerita banyak-banyak tak guna sebab apa sebab cek tak dok pengalaman cinta hat yang cinta hat yang betoi-betoi setakat cinta monyet adalah.

bila tengok cerita macam ni timbul dalam hati "ehhh takut lah nak kahwin" hmmm 


semoga hati tabah ya.  keep fighting fadzleen. =)

June 19, 2015

Ibu saya juga seorang pembohog


Assalamualaikum, hai

Actually, dah lama baq hang cek tak tulis blog ni.

Tiba-tiba nak share cerita pasal semalam 1st puasa.  Time lunch time kat uitm memang tak ada kelas so time tu saja lah try nak call ibu sembang-sembang tanya khabar buat apa puasa ok tak.

***

conversation with ibu:
Me: assalamualaikum ibu buat apa tu *dengar ibu tit tit tit tit tit kat corong telefon*
Ibu: walaikumusalam tak buat apa pun kat rumah rehat-rehat tengok tv je.
Me: ibu bunyi apa tu *tit tit tit tit*
Ibu: bunyi tv
Me: yeke? kenapa macam dengar bunyi mesin yang kat hospital tu je. Ibu kat mana sebenarnya ni? *still dengar bunyi tit tit tit tit*
Ibu: laa dengar ke.  ha ibu kat hospital ni masuk air tadi pening-pening
Me: dengarlah,  Kenapa tak bagi tahu, Abah abang tak masej tak call alin pun bagi tahu,  Bila ? kenapa ibu tak cakap betul-betul dengan alin tadi. Sapa hantar pi hospital
Ibu: pagi tadi. Ibu nak kemas- kemas rumah basuh langsir tiba-tiba pening. ibu kejut abang lepas tu abang telefon abah bawak gi hospital.  Ibu tak nak alin risau.  alin kan ada ujian.
Me: Alin ada ujian ke periksa ke bagi tahu je.  sekurang-kurangnya alin tahu jugak jangan lah diam je.

***

Lepas habis cakap dengan ibu cepat-cepat call abah tanya awatlah tak bagi tau.  Jawapa abah sama ja dengan ibu, Takut aku risau.  Abah kata lagi pun pening ja dah okey dah tu. Lepas tu apa lagi aku cakap dengan abah bagi tau jelah sekurang-kurangnya aku tahu lah jugak,  ni tak semua pakat nak diam ja,  abang aku pun sama.

Dah la lama tak balik sejak seminggu cuti hari tu.  Betul kata Yati kawan rumah dayah.  "kenapa ko tak balik.  baliklah nanti jadi apa-apa kat family nanti jangan nak menyesal pulak nanti"  Sekarang baru nak menyesal sebab tak balik hari tu jenguk family.

Betul lah artikle yang penah aku baca kat website dulu yang  FAKTA IBU ANDA SEORANG PEMBOHONG  Dulu masa baca ehh yeke ibu ni pembohong tak cayalah, kan ibu takkan lah nak bohong.  so aku abaikan ja.  tak take serius pun,

Bila fikir balik pasal semalam masa call ibu.  Ehhhh!!! betullah ibu memang seorang pembohong.
Ada ke bunyi tit tit tit tit tit dekat hospital tu ibu kata bunyi tv.  Ibu alin pun tahu bezanya bunyi tv dengan bunyi mesin jantung kat hospital tu.


Now aku caya dah yang dok kata fakta ibu anda seorang pembohong tu.  100% percaya!!!

Seorang ibu sanggup bohong anaknya sebab tak nak anak dia risau pasal dirinya.  Ibu, how can you do this for me.  Take care ibu, abah, abang.  hmm T_T


salam rindu dari anakda mu
-fadzleen@alin-





December 06, 2012

Penang i come


ada macam model tak aku??hehehe..kemain ehhh..jalan-jalan penang dengan mashi maro and syira macam-macam dugaan yang datang..issshh3..chill ok geng..! :)

December 04, 2012

cinta lelaki kepada wanita


Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.. ^_^

December 02, 2012

birthday girl 2012



kepada:
liyana, ramatul, azlin
 terima kasih sebab sudi bawak aku jalan-jalan, makan-makan..this is my first birthday yang aku sambut dengan kawan-kawan.. 
iloveyou.



September 28, 2012